Monday, 26 January 2015

DECISION

                                       Assalamualaikum.  :)

gambar tak ada kena mengena. cuma rindu  meja study kat rumah sewa :') hee

ok actually this 2 week is such a very fening-yang-amat for me. sebab kena settlekan pasal internship. kena call company here and there untuk buat follow up either dapat atau tak intern dekat company tu. ada company tengok result ok ke tidak. and ada company tengok kita punya sijil and kebolehan dari segi leadership and contribution. ouh actually depends la jugak kot tengok diorang punya cara macam mana. lain company, lain requirement. 

permohonan internship ni dah start dari bulan 10 tahun lepas lagi. tapi biasalah. bila melibatkan orang atasan and kerja2 proses surat-surat permohonan ni dia jadi lambat sikit. lagi2 company tgh busy masa hujung2 tahun. so dia tertangguh sampailah masuk ke bulan Januari tahun 2015 :')

dan hasilnya bulan ni, gedebuk gedebak company call offer buat intern. happy lah kan Alhamdulillah. dari tahun lepas menunggu bulan jatuh ke riba tapi tak kunjung tiba.haha. leuls. so bila jadi macam tu, masaalah lain pulak muncul which is kena pilih mana satu yang aku nak? 

ok sebab praktikal ni dalam masa yang sama kena settlekan thesis jugak, so ramai senior yang suggest, cari company yang tak buat kita rasa terbeban. yang buat kita enjoy kerja dekat sana. hurm. and bagi aku criteria yang terpenting ialah aku kena cari company yang less roundabout untuk sampai ke sana. HAHAHAHA. sebab aku takut roundabout. so ya. criteria first. >.<

jadi antara company yang call untuk offer intern ialah Kolej Cosmopoint, Mama G Food Industries, Pharmaniaga, Bank Rakyat dan Petronas KLCC. 

Kolej Cosmopoint yang first offer tempat. Boss dia nama Mr. Ragu. bila nak call tu aku pun ragu2 mula2. #eh hehe. tapi dia baik sangat orangnya. friendly sangat dan sporting. tapi aku tak dapat terima sebab kolej ni kat Melaka. and parents aku tak izinkan untuk praktikal kat sana. so.. sorry Mr. Ragu. :( lepas tu aku offer tempat aku tu kat kawan aku pulak. ok lah kan. hee.. takdela Mr.Ragu marah kite *peace*

Company kedua offer ialah Mama G Food Industry. Company ni ialah company yang mengeluarkan produk sambal. sambal dalam botol dan sachet. Company ni supply sambal kat oversea je kira diorg export sambal2 ni. kat Malaysia sangat jarang nampak. ada tapi tak tahu kat mana -.-  yang buat aku kagum ialah owner dia muda lagi. encik ridzuan hafiz kalau tak silap owner dia. maybe setahun tua dari aku. and yang lagi kagum ialah dia senior aku kat UiTM. tak dapat nak bayangkan macam mana boleh uruskan bisnes besar macam tu dan belajar dalam masa sama. ANC pulak. hurm. #pelajarcontoh. tapi maaf kita tak dapat terima sebab parents nak dekat dengan rumah. company ni dekat Jasin. maaf encik. kerja kat sana peluang sangat berharga sebenarnya. sebab diorang janji siapa yang keluar dari situ confirm pandai masak. haha. :'(

Pharmaniaga ni terletak berdekatan dengan Jusco Bukit Raja. area2 kilang2 belakang tu kalau tak silap. *orang cakap. sbb tak pernah pergi* dan ia juga adalah anak syarikat Sime Darby dan juga ada link dengan CCM. macam apa yang aku tahu, syarikat ni ialah syarikat yang produce supplement. so diorang process supplement dekat CCM and the other sales and marketing semua akan diuruskan oleh Pharmaniaga. ;)

Bank Rakyat pulak, aku apply dekat seksyen 9 Shah Alam. hurm.. kenapa apply situ, aku pun tak tahu. ouh and actually konon nak hebatkan driving skills. konon. tapi sampai sudah tak drive dah lagi. haha. takde kereta nak bawak. T.T insyaAllah segalanya akan selesai satu hari nnti ;( elaun Bank Rakyat dulu 300 sekarang dia up lagi 200. so total 500 sebulan. sama macam Pharmaniaga. ok actually tak penting sangat pun elaun. asalkan aku dapat habis kan intern. *ehyeketakpenting* haha.

Petronas KLCC. company yang paling aku nak intern kat sini. first time hantar resume tu dah cakap kat diri sendiri. "boleh ke dapat? macam tak confident je" sbb mostly diorang ambik student UTP kut. tapi ntah. rezeki Allah mungkin. hiks. Alhamdulillah. pasal elaun, Petronas offer paling banyak setakat ini which is sebulan rm800. tapi bila kira2 balik kalau aku duduk KL sedap la jugak. ni duduk Klang, elaun separuh habis kat tambang. mihihi. ;(

so pilihan 3 terakhir ada dekat Selangor. ni je yang parents benarkan untuk pergi buat praktikal. persoalannya. kat mana yang aku nak pergi. haaa. jeng jeng jeng.... 





aku pun tak tahu. -_________- decision making FAIL. X____x







Wednesday, 21 January 2015

THAT GIRL





And then all of a sudden, 
She changed.
She came back a completely different person
With a new mindset, a new outlook,
A new soul
The girl that once cared way too much
About everyone and everything
No longer cared at all.

And who knows,
inside, 
That is the hardest thing in her life. 
It is so painful when she pretends to be selfish. 
Like ones said. 
Try to stay at the hospital and just look at sick people,
without any intention to help 
even when everyone really needs you?

Yes,
Now she can be one of them,
ignoring everyone and everything.
You know why? 
Because the situation is different.





She's not needed. 
:')


Wednesday, 14 January 2015

WELCOME 2015

                                                                 Assalamualaikum. :)

ehemm. i have a confession to be made. actually aku tak tau mana pegi post2 yang ada kt blog aku sebelum ni. aku rasa aku dah delete. tapi atas sebab apa aku delete pun taktau. mungkin tanpa sedar. hahaha. sudaahhh.. takpelah. ill start with a new one. first entry in 2015. hiks. bismillah. :)

so. Alhamdulillah so far aku dah selesai 5 out of 6 final paper yang betul2 final punya since lepas ni dah tinggal nak praktikal and buat project paper (thesis).  weee i cannot wait! tak sabar nak habis bulan 6/7 tahun ini insyaAllah. moga Allah permudahkan semua. mohon doakan. ok actually macam over je nak cakap macam ni. ada lagi satu paper kot. tapi takpelah. motivate diri sendiri sebenaqnya. :( doa2 moga semua lepas dengan jayanya. :") amiin2. and actually paling tak sabar ialah nak tengok kaklong kahwin sebaik sahaja saya selesai praktikal. InsyaAllah. :) 

harini 15 january, so aku ada masa lagi 5 hari untuk menikmati bandar Melaka yang sememangnya tempat tumpuan pelancong. bukan sahaja pelancong luar, tapi rakyat tempatan juga suka untuk datang ke Melaka semata2 untuk makan. hmm hmm.. makanan apa yang ada? haaaa. aku pun tak tahu sangat. sebab aku manusia gua yang lebih suka duduk di rumah. hanya keluar apabila dijemput oleh sahabat2 handai untuk berjimba bersama mereka. kasihan. ok sebenarnya tak. kawan2 aku pun jenis yang tak suka keluar rumah sangat. kami lebih prefer untuk stay di rumah dan study? cewah. harapan. *mohon tidak percaya* ;") 

okay so sejak beberapa hari ni kami mula sedar yang kami perlu explore Melaka ni supaya tak kelihatan terlalu noob apabila ditanya. 

           "tempat mana yang best kak ngah?" - soal papa
 "tak tahu lah pa. semua tempat sama ja. semua sedap." - aku menjawab.
        "looser nya kau ni  *sambil memandang serong" - abang. 
                                    
            *tindakan seterusnya boleh dijangka. aku cekik dia. heh.*



so pada 31 december yang lalu, aku, ummi, zira, alyn dan kak ijat pun keluar dari gua masing2. lepas isya' masing2 mulakan langkah. haritu ialah hari first final. so malam tu memang plan nak keluar untuk meraikan dah lepas jawab satu paper. haha. kitaorang pergi cafe #LeQUE kat Bandar Hilir. Restoran ni berdekatan dengan Jonker Walk yang famous itu. dan juga dekat dengan hotel Casa de Rio yang aku idam-idamkan nak pergi satu hari nanti. haha. Restoran ni tersorok sikit tak berapa nak nampak. haritu pun kitaorang masuk lalu pintu belakang dia. haha. masuk tanpa segan silu je lalu pintu belakang. hiks.tapi Restoran ni cantik and service dia bagus yang amat. makanan pun sedap. #dahkenapanakbuatreviewkatsini. -.- ok tengok jelah gambar yang ada. ;)


ni view dari pintu depan Restoran ni. yang penting HALAL ok. :)

dari kiri: alyn, ummi, aku, zira and kak ijat. kenapa aku kat tengah? mungkin sebab aku ketua
 rombongan yang bawak diorg ni masuk ikut pintu belakang. kahkah. 


ni la dia spegghetti bolognese yang sedap amat yang aku makan. siap tambah cheese lebih. ;') hmm.

ok sebenarnya time letak 'cheese' lebih tu aku tersalah letak. tu bukan cheese tapi garam. banyak jugak aku letak. boleh bayang tak kau tertukar obsession daripada cheese tapi dia garam? haha. seb baik dah nak habis baru mangat letak cheese lebih. puas kena gelak. :"(

yang ni dah tak ingat nama. tapi rasanya nasi goreng satay. pun sedap.

selepas dibahan. muka maintain tenang itu perlu ya. 


aku suggest la korang yang nak jalan-jalan kat Melaka ni try makan sini. dessert dia pun boleh tahan jugak kalau tengok review orang. aku tak sempat makan sebab dah habis time tu. ;"( tempat pun cantik. so.. perfecto! hee.. 

ok so sebaik sahaja kitaorang dah kenyang, plan seterusnya ialah berjalan kaki pergi ke dataran pahlawan. nak tengok bunga api. jauh la jugak. tapi kalau jalan sambil sembang2 dan tengok beca yang cantik kiri kanan tu tak terasa jauh pun. best tengok lampu banyak2. hee. 


ada orang jual headscarf minnie mouse ada lampu. kat tepi jalan. cam comel je so beli la
simpan kat rumah. nanti kalau rumah black out boleh pakai. 

duduk atas padang kat dataran pahlawan. nak tengok bunga api punya pasal. new year kan.


so moga tahun baru ni aku lebih tabah hadap ujian. cuba untuk jadi kuat in terms of jaga diri sendiri. jaga hubungan dengan yang sepatutnya. pada Allah yang paling utama. sebab bagi aku tu paling mencabar setakat ini. aku adalah orang yang bertanggungjawab atas diri aku sendiri. so "im trying to create the best thing in me. and im trying so hard to be the best woman that someone need in future" InsyaAllah moga Allah mudahkan jalan. i know it will not be perfect. but i promise to be better than before. :") mohon doakan. 

sekian sahaja cerita kali ni. nanti cerita lain pulak. :)

Assalamualaikum.